Filled Under:

Tindakan Ibu Murid Yang Dipotong LIDAH Ini Memang Terbaik ! Padanlah Muka Cikgu Sekolah Tu , Buat Endah Tak Endah Je Kan !

murid dipaksa potong lidah
Klang
 – Ibu kepada murid yang mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri dalam kejadian buli di sebuah sekolah di sini, Khamis lepas, mahu anaknya itu ditukarkan ke sekolah lain dengan segera.
Siti Nurhuda Ibrahim, 29, berkata dia serik dan mahu kejadian hitam yang menimpa anaknya Muhammaf Alif Shukran Alias, 8, tidak berulang.
“Saya mahu menukarkan dia (Muhammad Alif Shukran) ke sekolah lain kerana tidak mahu dia dibuli lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Siti Nurhuda berkata polis juga telah mengambil semulaketerangannya hari ini, berhubung siasatan kes berkenaan.
Beliau berharap polis dapat menyelesaikan segera kes tersebut supaya ia tidak berlaku ke atas murid lain. – Bernama