Filled Under:

Kerana Arwah Yus Jambu , Inilah Punca Utama Mengapa SABRI YUNUS BERHENTI DARI DUNIA KOMEDI .



Tindakan Drastik Pelakon Dan pelawak terkenal Sabri Yunus untuk berhenti dari dunia komedi telah mengejutkan banyak pihak. Namun itu adalah keputusannya yang wajar dihormati. Sabri Yunus mendedahkan keputusannya untuk berhenti melawak juga dipengaruhi oleh Allahyarham Yus Jambu.

Sabri Yunus merupakan antara juri kepada Raja Lawak musim pertama yang mana Yus Jambu telah menjadi juara di dalam rancangan itu.




Sabri Yunus juga merupakan pelawak hebat yang pernah memenangi anugerah dan juga merupakan pelakon komedi racangan popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Kata Sabri Yunus Allahyarham Yus Jambu terlalu menghormatinya sehingga tidak mahu mengadakan persembahan dan melawak dengannya di pentas.

Ini komen Sabri:


"Saya berhenti melawak kerana Yus terlalu menghormati saya hingga tidak mahu melawak dengan saya ketika kami sama-sama di pentas.



"Apa yang kami bincangan semua perkara serius sahaja dan dia selalu menceritakan impian-impannya yang tidak kesampaian,"


Sabri Yunus juga mengatakan ada dua buah drama lakonan Yus Jambu yang bukan genre komedi tetapi sebagai pelakon serius dan juga karyawan. Drama itu masih sedang dalam proses editing.

Terlalu banyak kenangan di antara semua artis dengan Allahyarham Yus Jambu. Arwah sememangnya seorang yang baik hati dan begitu disenangi oleh semua lapisan masyarakat. Kehilangan Allahyarham Yus Jambu memang begitu dirasai oleh kita semua.

Bersama-sama lah kito berdoa agar Roh Allahyarham Yus Jambu ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Amin...